Translate

Saturday, 7 April 2018

KONSEP E-SASTERA



  Perkembangan  teknologi telah merubah sastera Melayu dari tradisi lisan, tulisan dan bercetak kepada bentuk yang moden dan canggih menerusi rangkaian internet.  Hal ini merupakan perkembangan positif kerana hasil kreativiti pengarang dapat disampaikan kepada khalayaknya dalam pelbagai variasi dan penyebarannya tanpa sempadan. Sesiapa dan di mana sahaja kita dapat mengakses hasil sastera sama ada menikmatinya atau berkarya melalui media baharu.

      Namun begitu, kewujudan e-sastera menimbulkan persepsi yang berbeza-beza dari kalangan penggiat seni,  peminat sastera mahupun masyarakat umum. Dari sudut pandang yang positif, ada yang berpendapat bahawa karya siber ini mampu menembusi hingga ke seluruh pelosok dunia.

     Selain itu, ianya juga dapat memperlihatkan mutu estetika yang tinggi dan nilai etika yang mengangumkan. Manakala dari sudut negatif pula, terdapat pandangan menyatakan karya siber yang dihasilkan kurang bermutu kerana tiada penilaian dari pihak tertentu untuk menjamin kualiti dan nilai estetika karya-karya siber tersebut.

     Tuntasnya, pandangan positif dan negatif merupakan hal yang biasa di dalam dunia sastera. Di sebalik perkara tersebut, karya menerusi e-sastera merupakan lambang kepada kemajuan teknologi pada masa kini dan ianya juga dapat memperkenalkan kewibawaan bahasa Melayu ke seluruh dunia

2 comments:

  1. Terbaik.. ringkas dan mudah untuk difahami... saya follow blog ini..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... video ini banyak memberi penjelasan dan juga pemahaman buat saya.. video ini terbaik !!!.

    ReplyDelete

AKTIVITI PENULIS DI LAMAN FACEBOOK

AKTIVITI PENULIS HILAL ASHRAF  oleh Nor Syakirah Binti Zainal Ahmad (JQB170009) Pendahuluan   Hari ini sastera siber menjadi ...