Translate

Friday, 27 April 2018

AKTIVITI PENULIS DI LAMAN SOSIAL (FACEBOOK)


AKTIVITI PENULIS HAIZA NAJWA
Nur Azimah Binti Ahamad (JQB 170028)

Pendahuluan
Kemajuan teknologi sememangnya amat membantu dan memudahkan sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan mudah serta cepat kepada khalayak. Dengan pelbagai kemudahan teknologi menarik dan kreatif membantu mencantikkan sesuatu penghasilan untuk menarik perhatian khalayak dalam memilikinya. Terdapat pelbagai medium penyebaran maklumat hasil kemajuan teknologi yang kian pesat, iaitu Facebook, Instagram, Blogger dan sebagainya. Dalam dunia sastera, setiap medium ini digunakan dalam menyebarkan hasil karya dan mengkritik serta berkongsi maklumat tentang dunia sastera. Hal ini sememangnya amat membantu dalam memastikan hasil karya tempatan sentiasa diingati dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Bukan itu sahaja, dengan kemajuan teknologi juga memastikan hasil karya dahulu dapat diaplikasikan dengan unsur grafik kini dalam penyediaan bahan mengikut kesesuaian masa kini.
Selain itu, dalam penghasilan novel sendiri dapat dilihat kemajuan teknologi dalam penghasilan muka hadapan novel pada masa ini yang lebih banyak penerapan unsur grafik dalam menarik perhatian pembaca untuk membacanya. Jika dibandingkan dengan muka hadapan novel ketika zaman Azizi Haji Abdullah dan kini yang dihasilkan Haiza Najwa. Seperti berikut:
Rajah 1: Novel Azizi Haji Abdulllah
Rajah 2: Koleksi novel-novel Haiza Najwa
Melalui rajah berikut dapat dilihat perbezaan corak dan pembikinan muka hadapan yang berbeza hasil daripada kemajuan teknologi yang kreatif dan maju. Bukan itu sahaja, penulis juga mudak mendekati para pembaca melalui media sosial dengan adanya platform media sosial dan ianya digunakan dengan sebaik mungkin oleh Haiza Najwa.
Perbincangan
Haiza Najwa adalah seorang penulis Malaysia yang terkenal melalui hasil penulisan novelnya yang bertemakan cinta. Beliau kini menumpukan karya penulisannya eksklusif untuk syarikat penerbitan Alaf 21, salah satu anak syarikat Kumpulan Karangkraf yang juga penerbit novel berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia. Novel-novel beliau dengan Alaf 21 sering memasuki carta novel terlaris kedai buku MPH.
Selama 5 tahun, Haiza menulis dan terus menulis untuk melupakan kesedihan yang tidak tertanggung di hatinya sehinggalah lahir 11 buah buku dan lima buah bukunya adalah terbitan syarikat novel terunggul di Malaysia, iatu Alaf 21. Kini beliau yang sudah pulih dari kesengsaraan itu mahu mereka yang di luar sana tahu bahawa menulis adalah satu kaedah terapi terbaik untuk menyembuhkan penderitaan. Selain menempa nama, ianya prospek karier yang memberi pulangan yang lumayan.
Haiza Najwa aktif dalam media sosial Facebook dalam meneruskan perjalanan beliau sebagai penulis novel selepas pemergian suaminya. Beliau amat aktif dalam media sosial dengan mengkritik novel-novel bahar serta mempromosikan novel karya beliau dan karya-karya novel yang diangkat menjadi drama. Antaranya, terbaru beliau mengangkat drama “Lafzakan Kalimah Cintamu” yang diadaptasi daripada novel hasil penulisan Siti Rosmizah di dalam facebook.
Melalui rajah diatas dapat dilihat Haiza Najwa mempromosikan sebuah drama adaptasi novel dalam menarik lebih ramai penonton dan pengikut drama ini. Namun begitu, dalam mengangkat dan mempromosikan drama adaptasi novel, beliau juga tidak gentar untuk mengkritik drama yang membawa impak negative kepada penonton. Sebagai contoh beliau mengkritik drama araham Michael Ang yang bertajuk “Prince Coffee” yang dikatakan akan merosakkan minda penonton seperti kanak-kanak.
Selain itu, Haiza Najwa juga banyak berkongsi tentang artikel-artikel beliau yang banyak mengkritik tentang politik dalam negara dengan tajuk-tajuk yang mampu menarik pembaca untuk mendapatkannya. Seperti: 
Rajah 5: Artikel Hasil Penulisan Haiza Najwa di Buletin Rakyat (1 April 2018)
            Sememangnya Haiza Najwa amat aktif dalam media sosial sebagai seorang penulis novel yang cintakan sastera dan berjiwa patriotik menerusi artikel-artikel beliau. Haiza Najwa boleh dijadikan model dalam menjadi seorang penulis yang baik dan warga negara yang cintakan negara.

Kesimpulannya
Secara holistiknya dapat dilihat bahawa media sosial dan blog sememangnya memainkan peranan penting bagi seorang penulis novel dalam mendekati pembaca. Dalam dunia serba moden dan manusia yang sibuk dalam mencari rezeki, internet merupakan medium yang paling dekat dengan pembaca yang minat dalam membaca novel. Penulis mampu menerapkan dan memartabatkan bidang kesusasteraan melalui media sosial bagi memastikan ianya tidak akan terpupus. Haiza Najwa telah menggunakan sebaik mungkin medium facebook dalam mendekati pembaca dan masyarakat dengan hasil perkongsian tentang novel yang ditulis oleh beliau serta mempromosikan novel-novel yang terbaik. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya untuk memberi input atau menambah pengertahuan masyarakat tentang keadaan politik yang berlaku kini menerusi perkongsian artikel beliau.

No comments:

Post a Comment

AKTIVITI PENULIS DI LAMAN FACEBOOK

AKTIVITI PENULIS HILAL ASHRAF  oleh Nor Syakirah Binti Zainal Ahmad (JQB170009) Pendahuluan   Hari ini sastera siber menjadi ...