PENERBIT : ALAF 21

ALAF 21 mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman
Tun Dr. Ismail. ALAF 21 merupakan syarikat dibawah naungan GRUP BUKU KARANGKRAF
yang menghasilkan buku iaitu genre novel, umum, resepi dan kraf. ALAF 21 amat
prihatin terhadap golongan pembaca yang sentiasa menginginkan bahan bacaan yang
berkualiti. Justeru, ALAF 21 melakukan proses pemilihan manuskrip yang
benar-benar bagus dan bermutu untuk santapan minda pembaca. Buku-buku yang
diterbitkan terdiri daripada karya yang benar-benar mantap,kreatif dan tentunya
tidak stereotaip. Hal ini menyebabkan ALAF 21 melahirkan ramai penulis novel,
motivasi, resipi dan kraf yang kini sudah punya tempat di hati pembaca.
Contoh novel terkini yang dihasilkan ialah Love Lila karya Rin
Ahmad, Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen karya Mastura Abdullah dan Spy Hati Dari Chantilly karya Mazni Aznita. Dari segi rangkaian pengedaran
buku, ALAF 21 kini mempunyai lebih 300 ejen pengedar buku di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pasaran buku turut meliputi negara Brunei dan
Singapura serta individu-individu di serata dunia. Ejen pengedar yang ramai
memudahkan pembaca untuk membeli karya-karya yang dihasilkan oleh ALAF 21.
Dari segi promosi pula, ALAF 21 mempunyai tenaga yang cukup kuat
menjalankan kerja-kerja promosi di seluruh negara dengan kerjasama
penulis-penulis. Perantaraan E-sastera seperti Laman Web ALAF 21, Facebook,
Instagram dan Twitter turut membantu dalam pemasaran buku-buku ini. Disamping
itu, pembaca boleh membaca karya-karya, terutama novel secara alam maya melalui
laman portal ilham@karangkraf.com. Di situ, bukan sahaja penulis-penulis novel
yang sedia ada menghantar karya, malah sesiapa sahaja boleh mengaplikasikan
karya mereka untuk tatapan umum. Pembaca juga boleh melanggan secara pos atau
secara online melalui mall.karangkraf.com untuk mendapatkan bahan bacaan ALAF
21. Oleh itu, perantaraan E-Sastera ini sememangnya efektif dalam memasarkan
karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis.

Melalui keratan akhbar di atas, dapat dilihat majlis pertemuan
antara novelis membantu melariskan karya sastera yang dihasilkan. Bukan itu
sahaja, malah novel-novel adaptasi seperti drama Adam dan Hawa yang
diadaptasikan ke dalam televisyen semakin popular.
Berdasarkan laman web ALAF 21 http://www.alaf21.com.my
mempunyai pembahagiaan jenis-jenis buku seperti buku terlaris, buku terbaru,
buku bakal terbit, top di ilham, novel adaptasi senarai buku dan buliten dan
akitiviti. Melalui pembahagian ini, akan memudahkan pembaca untuk mencari buku
yang diterbitkan oleh ALAF 21 sekaligus memudahkan pembaca untuk membelinya.
Tarikan sesebuah karya yang kreatif dapat dilihat melalui jumlah jualan yang
tinggi melalui bahagian buku terlaris.
Wah! sangat bermanfaat.
ReplyDeletePenerangan yang sangat bagus!
ReplyDelete