Translate

Friday, 13 April 2018

Analisis Laman Web Penerbit ALAF 21


PENERBIT : ALAF 21
Image result for alaf 21
ALAF 21 mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail. ALAF 21 merupakan syarikat dibawah naungan GRUP BUKU KARANGKRAF yang menghasilkan buku iaitu genre novel, umum, resepi dan kraf. ALAF 21 amat prihatin terhadap golongan pembaca yang sentiasa menginginkan bahan bacaan yang berkualiti. Justeru, ALAF 21 melakukan proses pemilihan manuskrip yang benar-benar bagus dan bermutu untuk santapan minda pembaca. Buku-buku yang diterbitkan terdiri daripada karya yang benar-benar mantap,kreatif dan tentunya tidak stereotaip. Hal ini menyebabkan ALAF 21 melahirkan ramai penulis novel, motivasi, resipi dan kraf yang kini sudah punya tempat di hati pembaca.
Contoh novel terkini yang dihasilkan ialah Love Lila karya Rin Ahmad, Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen karya  Mastura Abdullah dan  Spy Hati Dari Chantilly karya  Mazni Aznita. Dari segi rangkaian pengedaran buku, ALAF 21 kini mempunyai lebih 300 ejen pengedar buku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pasaran buku turut meliputi negara Brunei dan Singapura serta individu-individu di serata dunia. Ejen pengedar yang ramai memudahkan pembaca untuk membeli karya-karya yang dihasilkan oleh ALAF 21.
Dari segi promosi pula, ALAF 21 mempunyai tenaga yang cukup kuat menjalankan kerja-kerja promosi di seluruh negara dengan kerjasama penulis-penulis. Perantaraan E-sastera seperti Laman Web ALAF 21, Facebook, Instagram dan Twitter turut membantu dalam pemasaran buku-buku ini. Disamping itu, pembaca boleh membaca karya-karya, terutama novel secara alam maya melalui laman portal ilham@karangkraf.com. Di situ, bukan sahaja penulis-penulis novel yang sedia ada menghantar karya, malah sesiapa sahaja boleh mengaplikasikan karya mereka untuk tatapan umum. Pembaca juga boleh melanggan secara pos atau secara online melalui mall.karangkraf.com untuk mendapatkan bahan bacaan ALAF 21. Oleh itu, perantaraan E-Sastera ini sememangnya efektif dalam memasarkan karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis.

Melalui keratan akhbar di atas, dapat dilihat majlis pertemuan antara novelis membantu melariskan karya sastera yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, malah novel-novel adaptasi seperti drama Adam dan Hawa yang diadaptasikan ke dalam televisyen semakin popular.
Berdasarkan laman web ALAF 21 http://www.alaf21.com.my mempunyai pembahagiaan jenis-jenis buku seperti buku terlaris, buku terbaru, buku bakal terbit, top di ilham, novel adaptasi senarai buku dan buliten dan akitiviti. Melalui pembahagian ini, akan memudahkan pembaca untuk mencari buku yang diterbitkan oleh ALAF 21 sekaligus memudahkan pembaca untuk membelinya. Tarikan sesebuah karya yang kreatif dapat dilihat melalui jumlah jualan yang tinggi melalui bahagian buku terlaris.

2 comments:

AKTIVITI PENULIS DI LAMAN FACEBOOK

AKTIVITI PENULIS HILAL ASHRAF  oleh Nor Syakirah Binti Zainal Ahmad (JQB170009) Pendahuluan   Hari ini sastera siber menjadi ...