Translate

Thursday, 26 April 2018

AKTIVITI PENULIS MOHD HELMI AHMAD DI BLOG DAN LAMAN SOSIAL, FACEBOOK


AKTIVITI PENULIS MOHD HELMI AHMAD 
DI BLOG DAN LAMAN SOSIAL, FACEBOOK

(NUR FARAH ADIBAH BINTI ROZALI)
(JQB170021)


PENDAHULUAN
Pada zaman sekarang, kebanyakan penulis aktif dalam bidang penulisan sama ada di blog dan laman sosial berbanding penulisan karya yang dibukukan. Antara salah seorang penulis yang aktif di blog dan juga laman sosial ialah Mohd Helmi Ahmad. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006 hingga pada tahun 2009 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis: Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) bidang Pengajian Bahasa Melayu (2010-2011). Berdasarkan blog miliknya, http://mieadham86.blogspot.my/ yang diberi nama Tetamu Istimewa merupakan seorang guru dan penulis. Beliau juga aktif dalam laman sosial iaitu Facebook dengan nama Mohd Helmi Ahmad. Kini, beliau merupakan seorang guru yang bertugas di SK Batang Kali, Batang Kali, Selangor. Beliau terbabit dalam penulisan puisi, cerpen, rencana dan ulasan buku.


Gambar 1 : Penulis, Mohd Helmi Ahmad.

     Antara buku yang dihasilkan oleh beliau ialah Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa (2014), Kumpulan Puisi remaja: Madu di Tangan (2015) dan Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam (2016). Karya-karya yang dihasilkan beliau banyak disiarkan di akhbar dan majalah seperti Berita Mingguan, Mingguan Malaysia, Harian Metro, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat dan banyak lagi. Antara tulisannya yang disiarkan di akhbar ialah Mohd Helmi Ahmad: Mencari Kepuasan Diri (Norhidayyu Zainal) di akhbar Sinar Harian pada 14 Ogos 2016 . Beliau telah menerima pelbagai pencapaian dalam bidang penulisan ini. Antaranya beliau pernah memenangi hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) pada tahun 2010, 2011 dan 2012 dalam Kategori Cerpen Remaja, Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan yangmemenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016 pada tahun 2015 dalam Kategori Kumpulan Puisi Remaja dan banyak lagi.


Gambar 2 : Buku-buku yang dihasilkan oleh beliau.

PERBINCANGAN
            Beliau telah menghasilkan tiga buah buku sejak dari tahun 2014 hingga 2016 seperti yang dimaklumkan di atas. Berdasarkan pemerhatian ke atas buku-buku yang dihasilkan oleh beliau, Mohd Helmi Ahmad lebih selesa menulis karya kanak-kanak dan remaja, Hal ni dikatakan sedemikian kerana dunianya yang lebih dekat dengan murid dan sekolah. Setiap karya yang dihasilkan oleh beliau sangat menekankan aspek didaktik iaitu karya yang memberikan pengajaran dan panduan kepada pembaca untuk diamalkan dalam kehidupan. Namun, ianya tidak bermakna setiap karya yang dihasilkan kelihatan kaku dan seperti direka-reka. Beliau menginginkan setelah pembaca membaca karya yang dihasilkannya dapat memberi pengajaran dan panduan dalam dunia realiti yang semakin mencabar ini. Penghasilan karya kanak-kanak dan remaja bukannya semua penulis mampu menulis dan menghasilkannya dengan bagus disertakan penggunaan bahasa yang betul. Oleh itu, karya yang dihasilkan oleh Mohd Helmi Ahmad ini sangat bagus dibaca kerana tema cerita yang berunsur pengajaran dan dapat mendidik pembaca.

        Beliau sangat aktif di blog dan juga laman sosial miliknya. Beliau selalu memberi pendapat, informasi dan cadangannya dalam blog serta laman sosial. Penelitian di blog Tetamu Istimewa, aktiviti yang sering dilakukan oleh Mohd Helmi Ahmad ini ialah memberi informasi yang berguna kepada pembaca. 

Gambar 3: Blog milik penulis, Tetamu Istimewa.

Beliau sangat mementingkan sastera sehingga adanya satu ruangan khas bagi sastera dan penulisan di blognya. Pada ruangan berkenaan, beliau telah membahagikan sastera dan penulisan mengikut jenisnya iaitu artikel, ulasan buku, cerpen, puisi, novel, seni penulisan, koleksi buku, belasungkawa, cetusan pedapat, anugerah dan filem. Setiap jenis ini akan ada informasi berkaitan dengannya. Contohnya ialah segmen cerpen. Beliau menceritakan bahawa novel dan antologi pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016 telah diterbitkan dan dilancarkan pada malam penyampaian hadiah 13 November 2016 yang lalu. Menurutnya, novel yang diangkat sebagai pemenang dan antologi; cerpen remaja, cerpen umum, puisi, rencana sastera dan cerpen media baharu yang menghimpunkan karya pemenang harus dibaca dan dikaji.

Selain itu, dalam segmen artikel ruangan sastera dan penulisan di laman blognya, beliau telah meletakkan gambar beberapa buah buku dengan tajuk Membaca Tanggapan : Kumpulan Cerpen Remaja. Berdasarkan perkongsiannya, setelah membaca Inspirasi Cinta yang diterbitkan pada tahun 2012, beliau menyimpan hasrat untuk memiliki kumpulan cerpen remaja. Di sini membuktikan bahawa beliau sangat meminati sastera terutamanya cerpan remaja. Beliau juga turut memberi ucapan tahniah kepada pemenang Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI) III di segmen anugerah di blognya. Beliau telah menyenaraikan nama-nama pemenang beserta ganjaran yang diterima. Perkongsian seperti ini sememangnya akan dapat menarik minat pembaca untuk terus menghasilkan karya sastera.

Menerusi blognya juga, beliau turut mempunyai segmen belasungkawa dalam ruangan sastera dan penulisannya. Antara perkongsiannya ialah belasungkawa untuk SN Abdullah Hussain. Beliau telah menyenaraikan 12 sasterawan negara seperti  Kamaluddin Muhamad atau Keris Mas (1981), Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad (1982), Datuk Dr. Usman Awang (1983) dan banyak lagi. SN Abdullah Hussain merupakan sasterawan negara pada tahun 1996. Menurut Mohd Helmi Ahmad di blognya, karya pertama yang membuatkan dirinya terpikat dengan SN Abdullah Hussain ialah novel IMAM. Katanya, walaupun novel itu agak tebal, beliau tidak pernah bosan untuk menghabiskannya. Perkongsian seperti ini dapat memberi informasi kepada pembaca mengenai sasterawan negara sekaligus menarik minat pembaca ke arah sastera. 

       Mohd Helmi Ahmad turut aktif dalam media sosial iaitu Facebook di bawah nama https://www.facebook.com/mohdhelmi.ahmad.12 . Antara aktiviti yang dilakukan oleh penulis dalam laman sosial ini memberi input kepada pembaca dan berkongsi kehidupan sehariannya. Beliau memberitahu bahawa membaca Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan sesuatu karya yang bagus kerana majalah ini sememangnya menekankan penggunaan bahasa Melayu yang betul maka ia dapat mendidik pembaca. Coretan tulisan yang saya gemari dalam laman sosial milik beliau ialah ‘Menulis satu pelaburan. Kena ada pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan lain-lain’. Situasi ini melihat kepada keinginan dan kemahuannya yang sudah membeli empat buah majalah. Beliau sanggup mengorbankan wang ringgit untuk membeli majalah-majalah berkenaan, mengorbankan masa yang bernilai untuk membaca majalah-majalah ini dan sebagainya. Bagi saya, melalui pembacaan seperti ini sememangnya akan  memantapkan bahasa seseorang individu terutamanya dalam menghasilkan karya sastera. Oleh itu, perkongsian dalam laman sosial seperti ini menarik minat dan menggalakkan orang ramai untuk membaca majalah.

Bukan itu sahaja, malah aktiviti beliau dalam laman sosial Facebook nya ialah dengan memberi hebahan karya yang tersiar dalam akhbar hari jumaat, sabtu dan ahad. Beliau telah menyenaraikan pelbagai karya yang dihasilkan seperti cerpen, puisi, rencana dan ulasan buku  beserta akhbar yang menyiarkannya. Contohnya seperti pada hari Ahad (1 April 2018), akhbar Berita Harian telah menyiarkan karya cerpen oleh Fandy Taher yang bertajuk Rumah Kutai Haji Zaman. Aktiviti penulis di laman sosial ini memberi tanda bahawa beliau menyokong karya sastera yang dihasilkan oleh penulis-penulis pada masa kini. Perkongsian sebegini akan dapat menaikkan semangat penulis-penulis baru untuk terus menghasilkan karya sastera. 


Gambar 4 : Status penulis berkaitan hebahan karya

Di samping itu, beliau turut berkongsi rasa seronok dan teruja apabila menerima buku-buku iaitu buku panduan menulis dari sahabatnya. Walaupun beliau sudah mempunyai karya sendiri yang disiarkan dalam akhbar dan majalah serta buku-buku yang dihasilkan sendiri, beliau masih memerlukan buku panduan menulis tersebut. Menurutnya, setiap buku ada keistimewaannya tersendiri dan beliau memperoleh sesuatu yang sebelum ini beliau tidak tahu dalam menghasilkan sesuatu karya. Oleh itu, beliau sangat menyokong usaha penulis baru yang menerbitkan sesuatu karya.

PENUTUP
Kesimpulannya, jelas menunjukkan aktiviti penulis Mohd Helmi Ahmad di blog atau laman sosialnya iaitu Facebook. Ringkasnya, beliau sangat mementingkan bahasa iaitu bahasa Melayu dalam penghasilan sesuatu karya sastera sama ada cerpen, puisi dan rencana. Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu memberikan beliau pengalaman menarik supaya boleh diterjemahkan (penulisan) di dalam karya dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul. Beliau membaca banyak majalah dan buku seperti yang dikongsi di Facebook beliau untuk memantapkan bahasa Melayu beliau. Hal ini dikatakan sedemikian agar karya sastera yang dihasilkan oleh beliau dapat memberi pengajaran dan manfaat kepada pembaca yang membaca karyanya. Oleh itu, penulis Mohd Helmi Ahmad ini sememangnya aktif di blog dan laman sosial dengan berkongsi pelbagai aktiviti terutamanya berkaitan dengan sastera. 


4 comments:

  1. Penerangan yang bagus mengenai penulis. Semoga lebih ramai penulis memperjuangkan karya sastera.

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang bagus dan sangat menarik!

    ReplyDelete
  3. mohon penulis bawa isu tulisan jawi. kalu boleh..

    ReplyDelete
  4. Penulisan yang baik mohon untuk perbanyakan ruangan untuk penulis lain.. muda dan lama.

    ReplyDelete

AKTIVITI PENULIS DI LAMAN FACEBOOK

AKTIVITI PENULIS HILAL ASHRAF  oleh Nor Syakirah Binti Zainal Ahmad (JQB170009) Pendahuluan   Hari ini sastera siber menjadi ...

|
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
/
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
|
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
|
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
|
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*